Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia!
MALAYSIA BOLEH!
Haaa nampak tak semangat 2013 aku semakin meningkat bertingkat-tingkat nak dibandingkan tahun tahun yang lain, nampak tak nampak tak? Itulah dia semangat kemalaysiaan yang aku dapat sejak balik dari PLKN ni, cehhh semangat lah sangat. Tapi sebenarnya, bila aku balik dari PLKN ni aku dpt rasakan adalah sikit semangat patriotik tu hadir dalam diri aku. Mungkin belajar dari class KN kot.
Tujuan utama aku nak update blog ni setelah berkurun lamanya menyepi adalah untuk bercerita pasal pengalaman aku kat plkn. Banyak sangat benda baru yang aku belajar kat sana. Yang paling penting sekali aku dapat adalah nilai sesebuah persahabatan. Serious aku rindu sangat sangat dekat kawan kawan kat sana. Okaylah, hari first aku kat plkn adalah pada tarikh 4 januari 2013. Masa mula mula berkumpul kat mps selayang tu kecut perut kot. Yelah rasa macam nak pg berperang je. Aku ni dahlah bukan kategori yang ganas ganas. Aku ni jenis yang suka duduk diam diam je dan susah nak campur orang. Tapi bila dah campur tu dah jadi terlebih mesra alam lah pulak.
Okay bila bas yg aku naik tu sampai je kat KEM PLKN GAMBANG KUANTAN PAHANG tu, aku tengok ada banyak tasik. Aku ingat nanti adalah aktiviti makan ditepi tasik ke. Hahaha ok takde maknanya. Sampai sampai situ ada spotcheck, lepas solat zohor kitorang pun start lah mendaftarkan diri. Ohh and aku dapat company Alpha dan dorm P1. Mula mula tu aku tak taulah apa kejadahlah alpha alpha ni. Tapi lama lama aku rasa bahagia dan bersyukur sangat dapat company alpha dgn P1.
Mula mula tu aku tak faham sangat jadual hidup kat sini, pagi pagi ada pt, lepastu ada class, kadang kadang class sampai ke petang, kadang kadang tu ada kawad. Aku pernah pitam tau masa kawad. Hahaha akhirnya dapat jugak aku merasa pitam tu cemana. Hahaha ok nak cerita sekarang untuk alpha wirawati memang hampir hampir 60% tak pandai kawad dan tak minat kawad. Memang sedih ah cerita dia.
Malam malam dari maghrin sampai ke lepas isyak tempat kitorang ni memang dalam surau je. Untuk aktiviti kerohanian ni kita ada nasyid, pengurusan jenazah, smart solat, dgn forum. Haa bercakap soal kerohanian ni, antara orang yg aku respect kat kem ni adalah USTAZ SIFARDIN. Ustaz ni memanglah garang yang amat, hahaha tapi kalau buat lawak pun, lawak yang amat. Ustaz garang pun bersebab. Tagline ustaz yang sering diikuti ramai ialah
" Kau jangan berbagai bagai wira wirawati"
"Boleh tak boleh"
"Sepuluh sepuluh sepuluh"
Sepulu sepuluh sepuluh tu maknanya kitorang kena dendalah tu. Ketuk ketampi ke, pumping ke apa-apa jelah. Haa mencangkung ke. Tapi aku sangat berterima kasih kat ustaz ni sebab banyak menyedarkan kami semua kat sini.
Okay seterusnya aku nak ceritakan pasal kawan kawan aku kat sana. Orang yang paling rapat dgn aku kat kem tak lain dan tak bukan mestilah Fatin Nabilah bt Muhd Razali <3<3<3 Haih over lah pulak
Okay fatin ni ketua company wirawati alpha tau, bagi aku dia ni seorang ketua yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab dan cukup cukup lah tu kan memuji makcik sorang ni. Hahaha tapi aku cakap benda betul ok. Dan sebagai seorang kawan pulak, fatin ni memanglah kawan yg baik. Aku taktau macamana aku boleh rapat dgn dia ni sbb fatin ni jenis ganas ganas sikit. Oh tak tak ganas banyak. Tapi dia selalu belanja aku ice cream tau, aku taknak pun dia paksa suruh ambik. Memang untunglah aku ni kan. Apa apa pun terima kasih fatin sbb jadi kawan aku kat sana dan banyak sangat sangat bantu aku dlm banyak benda, Kalau kau tak ada mampuih den ni ha. Kawan kawan lain pun apa kurangnya, mereka semua hebat hebat belaka.
Dayu dgn bahasa bahasa bombastik dan begitu lantang bersuara bila berada kat dpn. Dia ni kira macam ustazah lah bagi kitorang semua. Banyak benda yang kitorang tak faham tentang agama Islam kitorang rujuk kat dia. Dia ni memang suka berrcerita. Mira pulak bila bersajak kat dpn perghh semua mata memandang, terdiam terpaku tak tau mana nak tuju ooooooooooo. Mira ni antara yg paling lawak dalam dorm dan ada bakat nak masuk raja lawak yg ke seratus. Ain pulak hmmm, kisah cinta dia kat plkn ni aku harap berkekalan sampai bila bila. Kahwin nanti jgn lupa jemput den ni ha. Kepada dua org budak kecik yg kemana shj pasti bersama iaitu nadia and husna ni pulak, boleh tahan banyak makan jugak budak dua org, kalau minum petang tu muka diorg ni pasti ada punyalah, muka aku pun. Nellie hahaha kawan cina yang paling hyperactive yang aku ada. Hahahaha nellie ni lawak jugak tau. Dan ke hadapan ranjini, semoga cintamu bersama murali kekal ye. Dayah dgn adreena pulak, korang banyak membantu aku untuk bangun pagi. Ok lupa, alhamdulillah dekat sini Allah dah uji aku untuk menjadi ketua dorm. Aku stress pada awalnya dgn pangkat ni, aku risau aku tak bangun pagi untuk kejut yg lain lain, kunci dorm lagi, memanglah tugas sbagai ketua dorm ni tak seberat ketua company, ketua wira wirawati, dgn ketua pelatih, tapi aku stress jugak. Hahaha. Alhamdulillah syukur lagi sekali semua ahli dorm P1 ni mmg mendgr kata dan itu memang memudahkan kerja aku. Dan untuk asma, fatin atiqah, ecah, aina, kecik, fadzilah, fatihah, kai jing, kee, dan banyak lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kat korang sebab sudi jadi kawan aku sepanjang kita kat sini. Tepuk tepuk tepuk tepuk terima kasih. "bla bla bla".
Okay sebelum terlupa saya nak memperkenalkan gang tambahan saya masa ada kat sini. Kitorang start rapat masa cuti raya cina. Hehehe memperkenalkan umi jekah dan lyna yusli. Gang ni ada keistimewaan dia yang tersendiri ye. Nama gang ni perlu dirahsiakan. Harap maklum.
Okay sebelum terlupa saya nak memperkenalkan gang tambahan saya masa ada kat sini. Kitorang start rapat masa cuti raya cina. Hehehe memperkenalkan umi jekah dan lyna yusli. Gang ni ada keistimewaan dia yang tersendiri ye. Nama gang ni perlu dirahsiakan. Harap maklum.
Yang rika susanti aku kenal dgn dia sebelum kem lagi tau tau tau
Haaaa ni apa ni gambar kat atas ni, haaa inilah dia kumpulan Imam Ahmad Bin Hanbal. Team nasyid untuk company Alpha! Okay bila teringat pasal nasyid macam macam perasaan ada sedih, marah, gembira, rindu semua adalah. Sebab apa sedih? sedih sebab berminggu-minggu kitorg buat latihan nasyid, tapi tiap kali latihan tu serabut jugak, bila berlatih depan ustaz kitorg kena denda, kena marah, ohh sedihnya hati sabar jelah masatu. Sebab apa marah? sebab tiap kali latihan, mesti ada yg lambat, janji pukul 9 datang pukul 12, eh taklah, tu over sangatlah pulak, tapi memang susah untuk wujudkan satu kerjasama yang kukuh dlm team kami ni. Komitmen pun tak semua boleh bg dgn sepenuhnya. Sebab apa gembira? Heheheh ok masa majlis malam penutup kerohanian kami semua dgn semangat yg berkobar-kobar telah mempersembahkan lagu imam ahmad dgn hambamu dgn satu hasrat,satu semangat, satu tekad khidmat negara yes!!! ahh melalut pulak aku ni. Ok okay pastu en masa penyampaian hadiah, heheh bila emcee cakap
JUARA PERTANDINGAN NASYID JATUH KEPADA KUMPULAN
"bunyi jantung masing masing dah macam tsunami shj yg kedengaran"
"IMAM HAMBALI"
Ya Allah aku bersyukur sangat masatu, tak sangka. Masatu punyalah riuh rendah budak alpha ni. Yang wiranya ramai-ramai pg depan ambik hadiah. Kalau boleh aku pun nak join sekali, tapi aku kan perempuan, senyum jelah yg aku mampu. Mulut masing masing tak berhenti bercakap.
"weh tak sangka weh tak sangka"
"weh aku ingatkan imam hanafi yg menang"
"weh kita menang weh kita MENANG"
Hahahaha itulah perasaan kitorg semua masatu. Yelah setelah ditentang hebat oleh banyak pihak akhirnya menang juga. Alhamdulillah. Dan dan dan kami juga juara untuk pengurusan jenazah dan naib juara untuk kompeni terbaik. Alhamdulillah titik peluh dan kesdihan kitorg selama ni terbalas jugak akhirnya. Ha lagi satu dorm P1, dorm aku dan kawan kawan aku telah dinobatkan sebagai dorm terbaik wirawati malam tu. Ya Allah happynya. Terima kasih Ya Allah. Aku rasa itu usaha semua ahli dorm aku, bila diorg dgr cakap aku dgn fatin, bila diorg bg komitmen yg tinggi. Terima kasih korang! xxx
Haa ini dia hadiah yang kitorg dapat malam tu. Yang gedabak tu ajk surau yg punya. Hehehe
Tapi sekarang ni aku rasa rindu, rindu sangat nak berlatih nasyid dgn diorg semua, rindu nak dgr ceramah ustaz. Haih rinduuuuuuuu rinduu serindu rindunyaaaaaaaa~
BARIS BARIIIIIIIIIIIS SEDIA
KEKANAN LURUS
PANDANG DEPAN
Haa amenda pulak ni. Itulah dia kedengaran suara fatin yang rock ala ala amy search berkumandang menandakan masuknya waktu kawad. Kawad ni pun sebenarnya ada pertandingan tau. Tau tak sepanjang latihan kawad ni, kitorg yg wirawati alpha ni lemau sesangat. Tak ramaii pun yg pandai kawad, Termasuklah aku ni pun. Kawad statik pun den dah poning ni ha. Susah sangat si Fatin nak handle kitorg, macam-macam cara dia buat. Bila company kitorg ni kena masuk padang kawad untukk rehearsal memang hancur. Company kitorg kena marah tau kat tengah-tengah padang kawad. Oh sakit hati ni Allah jelah yg tau. Lepastu kitorg ni asyik di brainwash je. Cikgu asturi pun bg dorongan jugak. Si fatin ni sampai menangis la weh pasal sedih sangat tengok kitorg ni berkawad. Tapi entah macamana kitorg berlatih punya berlatih sampai kawad kitorg jadi agak ok lah sikit. Sampai lah ke hari pertandingan kan, macam biasalah bila sampai turn kitorg, kitorg jadi semangat, doa doa doa. Dahlah company aku yg last sekali kena kawad. Ohohoh penat tau tunggu turn. Lepas kawad pulak ada pertandingan rempuh halangan, letih weh letih. Ni nak cerita masa kitorg yang wirawati ni sdg merempuh segala mak nenek halangan yg ada, wira alpha tak henti henti bagi sokongan. Lepastu diorg siap tunggu kat jambatan penduk ni dgn air mineral. Weh masa tu aku rasa diorg ni sweet sangat, hahahahahahah semangat aku yg masatu kat bawah boleh naik balik. Thank you korang :) Bila sampai kat padang kawad balik sampai tiga org pengsan. Tapi aku tabik kat diorg sbb habiskan jugak lariannya. Masa penyampaian hadiah pulak kan, berdebar-debar jantung ni ha.
Mula mula dia umumkan rempuh halangan wirawati dulu, and kitorg kalah dapat nombor tiga je. Sedih lah sikit, tapi senyum hambar jelah masatu. Company charlie menang rempuh halangan. Lepastu dia umumkan untuk wira pulaklah, wira alpha pun sama, diorg ni pun dapat nombor tiga jugak. Kitorg yang tadinya tersenyum hambar boleh jadi gelak pulak. Hahaha yelah sama pulak, memang sehati sejiwa bergabung meletup lah kitorg ni. Charlie wira pun menang rempuh halangan jugak. Lepastu pulak dia umumkan pemenang kawad wirawati pulak. Haa, saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Dia umumkan dari nombor tiga dulu, nombor tiga dapat kat bravo, nombor dua pulak delta. Fuhh berpeluh den masa tu. So sekarang ni tinggal charlie dgn alpha. Sama ada kitorg menang ataupun dapat nombor 4. Jeng jeng jeng! Situasi dia terjadi begini ye
JUARA KAWAD WIRAWATI JATUH KEPADA COMPANY
"senyap sunyi'
ALPHAAAAAAAAAA
Wooooooo! kitorg rasa bersyukur sangat masatu, kekalahan kitorg tadi dah terubat. Bukan wirawati alpha je tau yg menang, tapi wira alpha pun tlah menjadi johan untuk kawad kaki wira. Terjerit jerit lah kitorg masatu. Tak percaya pun ada. Fatin dgn kuntang, hah kuntang ni ketua pelatih kitorg kat sana, kedua-duanya dari alpha telah berjaya menjadi ketua platun terbaik. Tahniah korang :3 Alhamdulillah.
BENDERA BENDERA BENDERA
Jadi sekarang ni aku nak bukak cerita pasal bendera, bendera yang kitorg buat masa kkj. Bukan kitorg semua yg buat, mana mana yg pandai melukis tu jelah yg buat. Kalau muka aku ni tolong tengok ajelah. Kitorg ada nellie hew yg sangat pandai melukis dan menjadikan bendera kitorg ni jadi cun melecun sangat. Aku rasalah bendera Alpha ni paling cantik antara yg lain lain. Itu yg aku rsalah. Tak taulah apa yg org lain rasakan. Kahkahkah. So taraaaaaaa
Inilah dia bendera company Alpha. Masa kkj bendera kitorg ni dibentangkan oleh adreena. Walaupun dia pakai taram je masa pembentangan haritu tapi apa apa yg keluar dari mulut dia masa tu memang gempak.
Sebenarnya aku nak cerita satu kisah sedih, kisah sedih yg terjadi sehari sebeluum majlis penutup. Masa tu kitorang semua balik dari padang kawad dgn penatnya sbb ada rehearsal untuk majlis penutup ni. Masa tu waktu makn tengahari. Aku lepak dgn ika depan watercooler sbb ramai sangat yg beratur nak ambik makanan. Kebetulan pulak aku tak jumpa si Fatin masa tu. Huh, tau tak apa jadi, bendera yang kitorg bawak selama 2 bulan setengah selama ni dirampas oleh jl di saat saat akhir. Weh bendera weh. Mood aku nak makan terus jatuh masatu. Hancur hati tergadai nyawa lah kiranya masa tu. Dalam plkn bendera company tu sangat penting. Penting sangat sangat. Mulalah aku teringat masa company charlie punya bendera kena rampas awal awal dulu. Betapa susahnya diorg nak ambik balik. Memakan masa berhari hari tau untuk dapatkan balik bendera tu. Haih sabar sabar sabar. Tapi masa tu aku teruskan jugak niat nak makan. Hehehe hidup mesti diteruskan. Masa makan tak habis habis kedengaran suara suara sinis yg mengatakan
"Hahaha jadi company pelarian ah engkorang lepas ni"
"Ni kerusi ni warna merah, korg ambik jelah jadi bendera korang"
Fuh terbakar weh terbakar. Takpe takpe. Budak alpha yg lain semua muka sayu je. Pergi kejar jl nak ambik bendera balik. Akuu ni pulak buat muka penuh ketabahan. Bila balik dorm tengok si fatin ni dah tak bermaya dah baring atas katil. Aku? haha aku tak berani cakap apa, kitorang semua hanya menyalahkan diri masing-masing je masa tu. Tau tak dorm P1 yang selalunya riuh rendah tu bertukar jadi senyap sunyi aman damai makmur dan jayanya waktu tu. So, kitorg pun buat macam biasa, solat zohor, lepastu pukul 3 kitorg berkumpul kat dewan makan dgn hati yg hancur luluh. Dgn cikgu fattah yang tiba tiba bertukar watak disaat saat akhir kitorg ada kat situ. Cikgu ni saja je jerit jerit dgn gelak kuat kuat sbb kitorg ni lambat berkumpul. Haih sabar jelah kan. Tiba tiba kan cikgu hamzan datang dari belakang dgn memegang bendera company alpha, kitorg pun tengoklah bendera tu dgn perasaan hiba. Budak company lain semua dah bersorak sambil menepuk tangan gembira dgn kejatuhan korang. Kitorg dahlah masa tu dah down, tambah lagi dgn tepuk tepuk tu semua lagilah down kitorg jadinya. Tak sangka diorg ni boleh gembira tengok org lain jatuh. Aku sedih dgn sikap org keliling kot masa tu. Sedih gila, masa bendera charlie kena rampas aku tak tepuk sikit pun tau tak. Haih asalkan korang bahagia. Ok sambung cerita, cikgu hamzan ni naik pentas, lepastu dialog dia lebih kurang cenggini ye:
"Bendera ni sebenarnya memang company alpha tertinggal kat padang kawad, tapi mujurlah ada seseorg dari company alpha ni yang teringat pasal bendera ni terkejar kejar pergi padang kawad ambik bendera ni, bendera ni tak dirampas pun dari kami, cuma kami saja ambik nak tunjukkan satu pengajaran'(sebenranya ni bukan ayat dialah, aku bantai je tapi apa yg aku sampaikan tu sama jelah dgn apa yg dia maksudkan)"Hah mana wira yang ambik bendera tadi, sini naik atas pentas"
-Kukilan berjalan naik atas pentas-
"bunyi sorakan dari company alpha"
Heehehe ni gambar wirawati alpha bersama hero kami, haa kukilan yang lelaki tulah
Mari sini aku memperkenalkan saudara kukilan vimalan HERO NOMBOR 1 COMPANY ALPHA!!!
Masa tu mood kami semua yang dah jatuh menjunam junam tadi melonjak naik balik. Aku rasa panas je kaki nak naik atas pentas tu jugak masa tu. Kalau kukilan tu perempuan memang aku dah naik dah peluk peluk dia masa tu. Senyuman yang tadinya hilang semua dah muncul balik sampaii nak terkoyak mulut. Hahahahaha weh sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kepada ilahi. Rasa amacam tak percaya, rasa macam mimpi. Air mata ni mulalah nak menitik. Haih drama drama drama. Lepastu kitorg dgn semangatnya buat
TEPUK TEPUK TEPUK TERIMA KASIH
"pap pap"
TERIMA KASIH
"pap pap"
THANK YOU
"pap pap"
XIE XIE
"""pap pap"
NAN-DRI
"pap pap"
SYUKRAN
"pap pap"
ARIGATO HAI
MALAYSIA!!!
"sekali lagi....."
Haih over betul budak budak ni, kalau boleh nak dua tiga kali lagi. Tapi yelah seronok dan bersyukur sangat masa tu :) :) :) Barulah ada semangat sikit company Alpha ni.
Majlis penutupan rasmi Kem Plkn Gambang kumpulan 1 siri 10/2013
Ohh sedih ok time ni , dah habis dah pun plkn ni, tak sangka aku berjaya jugak habiskan benda yg aku tak berapa nak terima pada awalnya, rasa macam tak nak balik pun ada. Time ni ada pengunguman untuk company terbaik tau. Cikgu dah warning awal awal, company yg menang company terbaik jangan bersorak dulu sbb dalam baris tak boleh ada pergerakan. Serious tak syok ok masa tu hahahaaha.
emcee" company ini telah menunjukkan kerjasama yg baik dalam pertandingan bla bla bla bla bla bla bla"
"COMPANY TERBAIK BAGI KUMPULAN 1 SIRI 10 TAHUN 2013 JATUH KEPADA COMPANYYYY"
ALPHAAAAAAAAAA!
Ziman: "tuan!" "Company company sedia"
*bunyi tapak kasut*
Fatin: *naik pentas ambik piala pusingan*
Ziman yg dimaksudkan di atas adalah ketua company bagi wira alpha. Serious sepanjang pengunguman untuk company terbaik ni jantung aku dah tak betul dah. Laju gila. Dalam hati ni melonjak lonjak gembira dah masa tu. Tapi malangnya tak boleh nak luahkan pulak. Cuma mampu untuk berdiri tegak je. Hahaha. Tapi bila dapat keluar baris je kitorang pun bersorak lah.
Syifa: Dibah dibah kita company terbaik. *peluk aku sambil terlompat lompat*
Angie: Kita dapat company terbaik, kita company terbaik, hehehe *peluk*
"tak sangka"
"kalau bendera kita betul betul kena rampas semalam memang takde chance lah kita nak menang harini"
Ok so untuk malam tu pulak ada majlis penutup yg lain pulak, dimana ramai pelatih yg buat persembahan malam tu. Aku, duduk goyang kaki je haahhaha. Apa yg aku sumbangkan malam tu cuma dgn pentas tu je. Haa aku dgn kawan aku yg lain jadi ajk untuk hiaskan pentas. Bagi aku pentas tu cute sangat hahahahaha.
Haa inilah dia pentas yg kitorg hiaskan, memang cute kan kan kan. Kihkihkih
Malam tu agak sedih sikit, sikitlah. Bagi aku majlis pagi tu lagi sedih. Apa apa jelah. Dan roll call malam tu kitorg buat dgn penuh semangat ke PLKN nan hahahahaha walaupun mengantuk yg amat.
Tapi mengantuk mengantuk pun kitorg siap buat jamuan lagi dalam dorm dgn cikgu safya and cikgu nurul. Jamuan ala kadar perabiskan hamper yg kitorg tak sempat nak bukak. Nak dekat pukul dua pagi jugaklah kitorg tidur. Padahal esok nak balik dah tu.
SAYONARA KEM GAMBANG!!!
Jadi, saat saat akhir telah tibaDah tiba masanya kami semua berhadapan dgn masyarakat luar sana cewahhhh hahaha, dah habis dah pun, dah tak ada PT pagi, tak ada class, tak ada kawad, tak ada rempuh halangan, tak ada m16, tak ada makan maggi berjemaah, tak ada tepuk tepuk, tak ada nasyid, tak ada denda denda. Habis, semua tu dah habis, Apa yg aku dapat bawak balik adalah bermacam macam jenis kenangan manis, yg pahit tak ada rasanya. Ilmu ilmu yang cikgu cikgu ajar semua akan aku simpan dan gunakan bila tiba masanya. Terima kasih cikgu! terima kasih ustaz! terima kasih TKP TKL!terima kasih makcik dan abg dm! terima kasih medik! terima kasih pakcik bus dan kiosk! terima kasih kawan kawan semua! Terima kasih atas segalanya. Tepuk tepuk tepuk terima kasih! Heii udah udah le tu,
Kepada budak budak kem gambang kumpulan 1 siri 10/2013. Semoga persahabatan kita akan terus kekal sampai bila bila. Rindu korang. Uhibukifillah ila abadan abada.
<3
Nama aku salah ejaaaaaaa hahaha kbye. Assalamualaikum.
ReplyDeleteakan ku betulkan segalanya. Mu tok sah risau.
Deletehahah. best best :)
ReplyDeleteAsal kau punya masa kat blog ni tak berapa nak betul haa? Hihi bising pula aku ni.
ReplyDeleteHahahaha aku tak perasan pulak bab bab masa dalam blog ni. Nanti wa betulkan.
Deletegmpak ah diba dapat crampkan crite 2 bulan 15 hari dlam satu post je :)
ReplyDeleteNama pun ketua dom terbaik. Mestilah gempak lulz .
Deleteoh cenggitu connection die,bhahaha, yg anehnye asal timing die lari -,-
DeleteTiming lari takpe, asalkan persahabatan kita tak lari. Hahahaha.
ReplyDeleteacecece. how sweet are you? :p tpi serious smart la :)
ReplyDeleteapa yang smart? aku ke yang smart bila berfull loreng? hahaha
Deletegelojoh.... :p
ReplyDeleteKak, nak tanya kalau tempat tu baik ke keadaannya? Aku terpilih utk pergi sana. Risau la aku nak pergi sana tanpa mak :(
ReplyDeletesalam.ni cikgu zah kem gambang.mintak hubungi cikgu untuk satu program yang akan dibuat pada bulan 10 nanti.
ReplyDeletehubungi cikgu di whatsapp 0139172371.terima kasih
ReplyDeletehubungi cikgu di whatsapp 0139172371.terima kasih
ReplyDeletesalam.ni cikgu zah kem gambang.mintak hubungi cikgu untuk satu program yang akan dibuat pada bulan 10 nanti.
ReplyDelete